Hukuman lebih berat disyorkan untuk pemandu mabuk bagi melindungi nyawa

PerbankanApr 3, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 April – Peruntukan hukuman terhadap pemandu mabuk khususnya pemandu yang mengakibatkan kemalangan maut perlu diperketat,bagi memberi pengajaran serta membangkitkan rasa gerun dalam kalangan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau mengulas mengenai kes melibatkan seorang pembantu makmal,R.Saktygaanapathy,28 tahun,yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,Rabu lalu,atas tuduhan membunuh seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat,Klang.

Lelaki itu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah,dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar,33 tahun,pada Ahad lalu.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun,termasuk sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi