8 syarikat mohon rayu tambahan kuota diesel

PerbankanJun 4, 2026 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Jun –Sebanyak lapan syarikat telah mengemukakan permohonan rayuan tambahan kuota yang melibatkan 82 kenderaan bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat tiga hari pertama pelaksanaan penambahbaikan sistem tersebut.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam pada itu,penambahbaikan yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu turut menyaksikan peluasan kelayakan SKDS dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kepada kenderaan jenis jip dan pikap bagi sektor pengangkutan darat barangan.

Ia melibatkan kenderaan bawah kelas kegunaan Barang Rigid dan Barang Rigid Decon seberat 950 kilogram hingga 7,500 kilogram.

“Selain berdaftar atas nama syarikat atau entiti perniagaan,syarat kelayakan juga meliputi kategori kegunaan yang direkodkan dalam Lesen Kenderaan Motor (LKM) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta memastikan status pendaftaran kenderaan sebagai kenderaan perdagangan.

“Setakat 1 hingga 3 Jun 2026,sebanyak 8,862 buah kenderaan telah berjaya mendaftar,melibatkan 8,524 pikap diesel dan 329 buah jip diesel dan 9 buah jip petrol,” tambah kenyataan itu.

Bagaimanapun,kenderaan yang didaftarkan bawah kategori kerajaan,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),Kategori Khas Lain serta barangan-tiada permit atau off-road adalah tidak tersenarai.

Pelaksanaan SKDS dan SKPS akan terus ditambah baik bagi memastikan subsidi bahan api disalurkan secara bersasar dan mengekang ketirisan sama ada dalam bentuk penyelewengan dan penyeludupan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi