Lagi paramedik dibunuh Israel di selatan Lubnan

PerbankanJun 4, 2026 IDOPRESS

Rakaman fail yang dikongsi di media sosial menunjukkan detik paramedik terbunuh dalam serangan Israel pada 22 Mei lalu ketika sedang memeriksa mangsa serangan terdahulu/Reuters

BEIRUT,4 Jun- Serangan Israel di selatan Lubnan mengakibatkan seorang paramedik terbunuh,menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

NNA melaporkan serangan berkenaan menyasarkan sebuah pasukan ambulans di bandar Zibdine,wilayah Nabatieh,sekali gus mengorbankan seorang paramedik dan mencederakan seorang lagi.

Kementerian Kesihatan Lubnan sebelum itu memaklumkan dua paramedik terbunuh dalam satu serangan berasingan Israel pada hari sama.

Menurut kementerian itu,sekurang-kurangnya 130 petugas kecemasan dan kesihatan telah terbunuh sejak konflik tercetus pada Mac. -AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi