Huthi lancar serangan ketiga ke Israel

DanaApr 1, 2026 IDOPRESS

Jurucakap Huthi,Yahya Saree/ AFP

SANAA,1 April- Kumpulan Huthi dari Yaman mengesahkan pihaknya telah menyasarkan serangan ketiga ke atas Israel tanda solidariti kepada Iran yang menjadi sasaran pakatan Amerika Syarikat (AS)-Israel.

RINGKASAN BERITA AI

“Kami melaksanakan operasi ketenteraan ketiga — menyasarkan sasaran musuh Israel yang sensitif (strategik)… dengan serangan bertubi-tubi peluru berpandu balistik,” menurut jurucakapnya,Yahya Saree dalam kenyataan video.

“Operasi ini dijalankan bersama saudara mujahideen kami di Iran dan Hizbullah di Lubnan,” tambah beliau.

Terdahulu,Huthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada hujung minggu lalu yang merupakan serangan pertama mereka dalam konflik Asia Barat melibatkan antara AS-Israel dan Iran. -AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi