Penyelarasan bersepadu kunci kejayaan ekosistem AI negara

DanaJun 4, 2026 IDOPRESS

Menteri Digital,Gobind Singh Deo ketika sesi dialog bersempena Persidangan Peralihan Tenaga (ETCon26) di Kuala Lumpur/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 Jun – Mekanisme penyelarasan yang lebih bersepadu perlu diwujudkan bagi memastikan pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog menteri bertajuk “Memacu Fasa Pertumbuhan Baharu Malaysia: Tenaga,Ekonomi dan Digital yang Selaras” bersempena Persidangan Peralihan Tenaga (ETCon26) di sini,hari ini.

Tambah beliau,pembangunan struktur dan ekosistem yang menyeluruh juga perlu diberi penekanan bagi menyokong pertumbuhan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) secara mampan.

Ini selaras dengan sasaran sumbangan sektor digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi