
Foto fail AFP
JAKARTA,4 Jun- Mata wang rupiah Indonesia susut ke paras terendah pernah dicatatkan negara itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis,apabila mencecah Rp18,028 susulan tekanan terhadap ekonomi negara serta peningkatan kos tenaga.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata penyusutan itu didorong permintaan dolar yang tinggi susulan kenaikan harga minyak serta pengurangan lebihan dagangan negara.
Indonesia,sebagai negara pengimport bersih minyak,terkesan secara langsung oleh kenaikan harga minyak mentah,manakala lebihan dagangan negara itu mengecil kepada AS$89 juta pada April berbanding AS$3.3 bilion pada bulan sebelumnya.
“Bekalan dolar daripada perdagangan semakin berkurangan,manakala keperluan dolar bagi import tenaga,bahan mentah,pembayaran dividen,hutang luar negara dan keperluan bermusim kekal tinggi,” katanya.
Bank Indonesia sebelum ini menaikkan kadar faedah dasar sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 5.25 peratus pada bulan lalu dalam usaha menstabilkan rupiah serta mengekang inflasi,selain terus menggunakan pelbagai instrumen dasar bagi memastikan kecairan pertukaran asing mencukupi.
Jurucakap Bank Indonesia,Ramdan Denny Prakoso,berkata bank pusat itu akan terus menggunakan “semua instrumen dasar yang ada” bagi memastikan kecairan pertukaran asing kekal mencukupi. -AFP