Aktiviti rekreasi hutan: Persediaan rapi penting elak tragedi

PasaranJun 2, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,2 Jun – Penggemar aktiviti rekreasi luar diingatkan supaya menitikberatkan aspek persediaan rapi sebelum memasuki hutan bagi mengurangkan risiko yang tidak diingini.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri,di sini hari ini.

Mengulas lanjut,Abdul Rahim turut menekankan kepentingan mengamalkan sistem ‘buddy’ atau bergerak secara berkumpulan berbanding melakukan aktiviti merentas hutan secara bersendirian.

Katanya,pergerakan dalam kumpulan membolehkan tindakan atau bantuan awal diambil dengan segera sekiranya mana-mana ahli mengalami kecederaan atau berdepan detik kecemasan.

Pada masa yang sama,beliau mengingatkan para pendaki supaya sentiasa memaklumkan butiran perancangan perjalanan kepada ahli keluarga terdekat termasuk lokasi tepat yang dituju,tempoh aktiviti,serta anggaran waktu pulang bagi memudahkan usaha mengesan sekiranya berlaku luar jangka.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi