Kemalangan maut Simpang Renggam: Loke gesa siasatan disegerakan

PasaranJun 3, 2026 IDOPRESS

Foto fail RTM

PUTRAJAYA,2 Jun – Tindakan pendakwaan setimpal perlu diambil terhadap pemandu menyebabkan kemalangan jalan raya di Simpang Renggam,Johor yang meragut lima nyawa termasuk empat mangsa sekeluarga semalam.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam pada itu,Loke mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan tragedi itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Semalam,polis mengesahkan empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam,Simpang Renggam.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu dua buah kereta mewah yang memandu secara laju dan melulu,dengan seorang daripada mereka maut semasa dalam perjalanan ke hospital.

Seorang lagi pemandu kereta mewah itu,iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut. – BERNAMA

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi