Agenda Ekonomi Desa Nasional perkasa masyarakat luar bandar

KewanganJun 4, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026/Foto FB Zahid Hamidi

PUTRAJAYA,4 Jun – Agenda Ekonomi Desa Nasional perlu dilihat sebagai ekosistem pembangunan menyeluruh bagi memperkasa masyarakat luar bandar dan menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan,kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini,hari ini.

Ahmad Zahid berkata pembangunan luar bandar tidak lagi boleh dilihat sebagai agenda kebajikan semata-mata,sebaliknya perlu dianggap sebagai agenda pertahanan nasional yang penting bagi menjamin kestabilan negara.

“Jika desa lemah,negara akan rapuh. Jika desa ketinggalan,negara akan kehilangan keseimbangan. Tetapi jika desa maju,insya-Allah Malaysia akan memiliki asas yang kukuh untuk menghadapi apa jua cabaran di hadapan,” katanya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi