Melaka teliti pelaksanaan BDR penjawat awam secara berperingkat

MelaburMar 27, 2026 IDOPRESS

Datuk Azhar Arshad,Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

JALAN TAMING SARI,27 Mac– Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian selepas bersiaran dalam program Kokenut Shake Dulu Special Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat 2026 di Konti Melaka FM,di sini.

Dalam perkembangan sama,beliau turut menggalakkan sektor swasta mempertimbangkan kaedah kerja fleksibel termasuk BDR mengikut kesesuaian operasi masing-masing.

Semalam,Perdana Menteri berkata kerajaan sedang meneliti pelaksanaan waktu kerja lebih anjal termasuk BDR bagi penjawat awam.

Langkah itu bertujuan mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia susulan krisis di Asia Barat dan akan dilaksanakan secara berperingkat serta terpilih.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi